Proses penyuntingan Nupedia

Proses penyuntingan Nupedia terdiri daripada tujuh langkah:

  1. Pemberian tugas
  2. Melantik ketua pengulas
  3. Mengetuai ulasan
  4. Membuka rencana untuk ulasan
  5. Mengetuai penyuntingan
  6. Membuka rencana untuk penyuntngan
  7. Membuat kelulusan terakhir dan pembubuhan teg-teg bahasa komputer.

Kelayakan-kelayakan untuk menjadi penyumbang Nupedia agak tinggi. Polisinya menyatakan, "Kami ingin penyunting-penyunting yang benar-benar merupakan pakar-pakar dalam bidang-bidang masing-masing dan (dengan tidak banyak pengecualian) mempunyai ijazah kedoktoran". Bagaimanapun pengulas-pengulas yang menilai draf-draf rencananya, secara am, tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perkara rencana itu. Pengulas-pengulas ini dikecam dengan nama skrin mereka. Walaupun terdapatnya kemudahan untuk pengulas mengemukakan biodata mereka, ramai yang tidak berbuat demikian; oleh itu, pakar-pakar terpaksa menulis rencana-rencana berdasarkan ulasan-ulasan daripada pengulas-pengulas tanpa nama, tanpa dapat mengetahui kelayakan-kelayakan mereka. Proses itu juga berbeza dengan Wikipedia kerana pengulas-pengulas cuma dibenarkan memberi kritikan dan tidak dibenarkan menyunting rencana-rencananya. Oleh sebab bilangan penyerta di Nupedia terlalu kecil, tidak terdapatnya juga perbincangan antara orang-orang yang mempunyai pengetahuan dalam sesuatu perkara.